BAHAGIAN LESEN PEKERJA ASING
Perkhidmatan yang Disediakan oleh Bahagian Lesen Pekerja Asing
- Pengeluaran Lesen Pekerja Asing (LPA)
Lesen Pekerja Asing (LPA) ialah lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Manusia dan Pekerjaan yang perlu dimiliki oleh sesebuah syarikat sebelum menggaji pekerja asing
Mana-mana syarikat yang berhasrat untuk menggaji pekerja asing hendaklah terlebih dahulu memperoleh kelulusan dalam bentuk Lesen Pekerja Asing (LPA) daripada Pesuruhjaya Buruh bagi tujuan penggajian di Negara Brunei Darussalam.
Menggaji pekerja asing tanpa memiliki lesen daripada Pesuruhjaya Buruh merupakan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda kompaun seperti berikut:
• Individu / Syarikat – Denda kompaun tidak melebihi BND1,000.
Jenis-Jenis Permohonan
- Baru
- Tambahan
- Pembaharuan
- Pemindahan Kontrak Pekerjaan
- Perubahan Gaji / Jawatan Pekerja
- Perubahan Nama Syarikat
- Pembatalan
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan Kad Pintar (IC) pemilik dan rakan kongsi perniagaan
- Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (Borang X / Sijil 16 & 17)
- Salinan Surat Pelepasan daripada Pusat Pekerjaan Brunei
- Salinan pasport yang masih sah bagi pekerja yang dipohon
- Salinan resit Banci Majikan dan Pekerja yang terkini
- Salinan Borang Pengesahan Alamat bagi alamat kediaman dan premis perniagaan
- Borang Akuan bagi Sektor Pembinaan
Dokumen Tambahan
Sektor Pembinaan
- Lesen Kontraktor
- Borang C
- Salinan Perjanjian Kontrak Projek yang mengandungi maklumat berikut:
- Tajuk Projek
- Skop Projek
- Nilai Projek
- Tempoh Projek
Sokongan daripada Agensi Kerajaan
- Lesen EKK.
- Lesen Vendor AITI.
- Sokongan / pengesahan daripada Kementerian Kesihatan.
- Sokongan / pengesahan daripada BDCB.
- Sokongan / pengesahan daripada Pihak Berkuasa Pelancongan.
- Sokongan / pengesahan daripada Kementerian Pendidikan.
- Dokumen sokongan / surat pengesahan daripada Kementerian Tenaga.
- Dan lain-lain (jika berkenaan).
- Pengeluaran Lesen Pekerja Asing Baru / Tambahan
- Pemprosesan Pembaharuan Lesen Pekerja Asing
- Pemprosesan Permohonan Pemindahan Kontrak Pekerja Asing
- Pembatalan Lesen Pekerja Asing
- SAWP bagi Lesen Pekerja Asing
