gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

NATIONAL LABOUR MANAGEMENT SYSTEM

Apakah NLMS?

National Labour Management System (NLMS) merupakan sebuah sistem dalam talian yang diperkenalkan oleh Jabatan Tenaga Manusia dan Pekerjaan pada 1 April 2023. Sistem ini menggantikan perkhidmatan yang sebelum ini disediakan melalui kaunter jabatan, bertujuan untuk memudahkan pengguna yang berdaftar dalam mengemukakan permohonan secara dalam talian.

Antara perkhidmatan yang disediakan melalui NLMS termasuklah permohonan Lesen Pekerja Asing (LPA) dan Lesen Pekerja Domestik (LPD).

Orang awam dan majikan hendaklah mendaftarkan akaun pengguna NLMS terlebih dahulu sebelum dapat mengakses sistem tersebut. Sementara itu, Agensi Pekerjaan akan diberikan akaun pengguna NLMS oleh pihak jabatan.

Kebolehcapaian

Akses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja

Mana-mana Peranti

Keserasian Rentas Platform – PC/Tablet/Telefon Bimbit

Kemudahan

Menjimatkan masa dan memudahkan urusan

Selamat

Memastikan log masuk yang selamat serta perlindungan data

Sistem Berasaskan Web

Tidak Memerlukan Muat Turun Aplikasi

Cara Mendapatkan Akaun NLMS?

Dengan mendaftar melalui sistem NLMS (https://nlms.gov.bn/). Pemohon dikehendaki membuat pendaftaran secara sendiri.

Bagaimanakah Cara Mendaftar Akaun NLMS?

Bagi pendaftaran akaun NLMS, sila ikuti langkah-langkah berikut: Tatacara bagi Mendaftar Akaun Baru

Langkah-langkah Pendaftaran NLMS