gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

AGENSI PEKERJAAN

Kategori Lesen Agensi Pekerjaan

Kategori A Mendatangkan pekerja asing bagi perkhidmatan Rumahtangga (Amah) sahaja
Kategori B Mendatangkan pekerja asing bagi perkhidmatan Syarikat sahaja
Kategori C Mendatangkan pekerja asing bagi perkhidmatan Rumahtangga (Amah) & Syarikat. (Gabungan Kategori A & B)
Lesen Agensi Pekerjaan
  • Di bawah Bab 6, Perintah Agensi Pekerjaan 2004 menghendaki bagi mana-mana individu yang berkeinginan untuk menjalankan kegiatan agensi pekerjaan hendaklah terlebih dahulu mendapatkan lesen daripada Pesuruhjaya Buruh;
  • Jabatan Tenaga Manusia dan Pekerjaan menggeluarkan 03 jenis Lesen Agensi Pekerjaan;
  • Lesen Agensi Pekerjaan adalah sah bagi tempoh 02 tahun dan hendaklah diperbaharui sekurang-kurangnya 03 bulan sebelum tarikh mansuh;
  • Pembayaran bagi Lesen Agensi Pekerjaan: BND500.00;
  • Setiap Agensi Pekerjaan dikehendaki untuk membayar Wang Taruhan bagi Lesen Agensi Pekerjaan tertakluk kepada jenis lesen:
    • Kategori A: BND10,000.00
    • Kategori B: BND15,000.00
    • Kategori C: BND20,000.00
KAD WAKIL


Bagi Wakil Agensi Kerajaan

Fungsi dan Peranan

  • Kad yang dikeluarkan sebagai pengenalan kepada Agensi Pekerjaan atau Wakil Agensi yang berdaftar dan berlesen dengan Jabatan Tenaga Manusia dan Pekerjaan.
  • Hanya Wakil Agensi yang memiliki Kad Wakil yang sah dibenarkan berurusan dengan Jabatan Tenaga Manusia dan Pekerjaan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan proses permohonan pengambilan pekerja asing.

Syarat Lain Bagi Memohon Kad

Pemohon hendaklah :

  • Warganegara Brunei Darussalam atau Penduduk Tetap ;
  • Lulus tapisan keselamatan; dan
  • Memperlihatkan Kad Wakil semasa berurusan secara rasmi dengan jabatan.
KAD URUSAN


Bagi Pekerja/Wakil Syarikat

Fungsi dan Peranan

  • Kad yang dikeluarkan oleh Bahagian Agensi Pekerjaan kepada pemilik syarikat atau wakil syarikat bagi urusan yang berkaitan dengan pekerja asing di Jabatan Tenaga Manusia dan Pekerjaan serta Jabatan Imigresen dan Pendaftaran kebangsaan.

Syarat Lain Bagi Memohon Kad

Pemohon hendaklah :

  • Warganegara Brunei Darussalam atau Penduduk Tetap; dan
  • Memperlihatkan Kad Kebenaran semasa berurusan secara rasmi dengan jabatan.
Permohonan Pesanan Kerja (Job Order)
  • Permohonan bagi mendatangkan pekerja Domestik
  • Permohonan hendaklah dihadapkan oleh agensi pekerjaan yang berlesen sahaja
  • Permohonan hendaklah dihadapkan melalui sistem NLMS
  • *Attach pdf:
    • Borang Pesanan Kerja (Job Order) – bagi permohonan secara manual (kaunter)
    • Senarai Semak Bagi Permohonan pengesahan Job Order
Aduan berkaitan dengan agensi pekerjaan

Jenis Permohonan yang Dikendalikan oleh Agensi Pekerjaan Berlesen dan Majikan

 

Jenis Perkhidmatan Agensi Pekerjaan Majikan
Pengambilan Pembantu Rumah melalui Permohonan Pesanan Kerja. √ X
Pengambilan Pekerja Asing bagi syarikat melalui permohonan Lesen Pekerja Asing (Foreign Worker Licence, FWL). √ X
Permohonan bagi  Lesen/Kuota Pembantu Rumah bagi Permohonan (Baharu /Tambahan /Pembaharuan, Pertukaran Kontrak /Pembatalan Lesen / Rayuan dan Overage.) √ √
Permohonan Lesen Pekerja Asing (Permohonan Baharu/ Tambahan/Pembaharuan /Pertukaran Kontrak/Pertukaran Gaji atau Jawatan / Pertukaran Maklumat Syarikat/ Pembatalan Pekerja/ Pengesahan Kesihatan (Medical Fit) dan Salinan Yang Diakui Sah.) √ √
Tuntutan Bayaran Balik Deposit Jaminan √ √
Senarai Agensi Pekerjaan yang Berlesen di bawah Jabatan Tenaga Manusia dan Pekerjaan

Maklumat Mengenai Kadar Yuran Perkhidmatan bagi Pengambilan Pekerja Domestik

Maklumat Mengenai Pengambilan Pekerja dari Republik Rakyat Bangladesh melalui Bangladesh Overseas Employment and Services Limited (BOESL)

Siaran Akhbar BOESL

Carta Alir Proses BOESL

MoC

Senarai Agensi Pekerjaan Berlesen di bawah Jabatan Tenaga Manusia dan Pekerjaan yang telah menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) dengan BOESL.

Surat Tuntutan

Hubungi Kami

Tingkat 1, Bahagian Agensi Pekerjaan,
Jabatan Tenaga Manusia Dan Pekerjaan, Jalan Dewan Majlis,
Bandar Seri Begawan, BB3910,
Negara Brunei Darussalam.

Nombor Talian: 2383006 (sambungan: 1074 atau 2102)
Hotline : 8753594 (Waktu bekerja)

E-mel: info@jtmp.gov.bn