gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

BANCI MAJIKAN DAN PEKERJA 

Banci Majikan dan Pekerja
  • Banci Majikan dan Pekerja dilaksanakan setiap tahun di bawah, Akta Maklumat Pekerjaan 1974 (Penggal 99), Bab 3(1).
  • Semua majikan bagi entiti perniagaan, institusi swasta, koperasi, persatuan, kelab dan badan berkanun yang beroperasi di Negara Brunei Darussalam dikehendaki melengkapkan serta mengemukakan maklumat majikan dan semua pekerja tempatan serta asing yang berkhidmat dengan mereka.
  • Banci dibuka dari 31 Oktober hingga 30 November setiap tahun. Penghantaran selepas tarikh tersebut dianggap lewat dan boleh dikenakan tindakan yang sewajarnya.
  • Banci ini tidak merangkumi pekerja perkhidmatan persendirian seperti pembantu rumah.
  • Maklumat banci hendaklah dihantar secara dalam talian melalui portal OBR di laman sesawang https://business.mofe.gov.bn/business-reporting/.
  • Adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Maklumat Pekerjaan 1974 Penggal 99, Bab 8 (1), bagi mana-mana majikan yang:
  1. sengaja menolak atau mengabaikan untuk memberikan butir-butir atau maklumat yang diperlukan dalam masa yang dibenarkan, atau,
  2. dengan sengaja memberi butir-butir atau maklumat palsu; atau
  3. enggan meniawab, atau dengan sengaja memberikan jawapan palsu dalam soalan yang perlu untuk mendapatkan apa-apa maklumat atau butir-butir yang dikehendaki di bawah Akta ini

Jika majikan didapati bersalah, majikan boleh didenda sebanyak Dua Ribu Lima Ratus Ringgit ($2,500.00) dan penjara enam (6) bulan, dan jika berterusan denda sebanyak Lima Puluh Ringgit ($50.00) sehari akan dikenakan.

 

Tanggungjawab Majikan

Proses Dan TPOR Penghantaran Banci

Tatacara Penghantaran Maklumat Banci

Berikut adalah tatacara dan panduan ringkas bagi majikan:

Rujukan dan Dokumen

Pengelasan dan kod industri/kegiatan dan pekerjaan yang digunakan dalam banci ini adalah seperti berikut:

  1. Brunei Darussalam Standard Industrial Classification (BDSIC) 2011.
    Pengelasan/kod ini digunakan untuk mengelaskan jenis aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat di Negara Brunei Darussalam. Pengelasan ini adalah berdasarkan garis panduan International Standard Industrial Classification of All Economic Activities (ISIC).

 

  1. Brunei Darussalam Standard Occupation Classification (BDSOC) 2011.
    Pengelasan/kod ini digunakan untuk mengelaskan jenis pekerjaan atau jawatan yang disandang oleh seseorang individu. Pengelasan ini adalah berdasarkan kerangka dan garis panduan International Standard Classification of Occupations 2008 (ISCO-08) serta disesuaikan dengan jenis pekerjaan yang terdapat di Negara Brunei Darussalam.

TUTORIAL PENGHANTARAN BANCI MAJIKAN DAN PEKERJA TAHUNAN MELALUI PORTAL PELAPORAN PERNIAGAAN DALAM TALIAN (OBR)

Imbas kod QR atau klik imej di bawah untuk melihat Panduan Terperinci Penghantaran Banci Majikan dan Pekerja Melalui Portal Online Business Reporting (OBR):

Hubungi Kami

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Kaunter Perkhidmatan Banci Majikan dan Pekerja,

Lobi Tingkat Bawah,
Jabatan Tenaga Manusia Dan Pekerjaan
Jalan Dewan Majlis,
Bandar Seri Begawan, BB3910,
Negara Brunei Darussalam.

Nombor Talian: 2383006 (sambungan: 1104/4503/4504)
E-mel: banci@jtmp.gov.bn