PAMPASAN PEKERJA
Pampasan Pekerja
Siapa yang Layak Menerima Pampasan:
Mana- mana orang yang telah membuat atau bekerja dengan cara perburuhan kasar atau pun dengan cara lain kecuali:
- Mana-mana orang yang digaji melainkan dengan cara perburuhan kasar yang pendapatannya melebihi dari BND$750.00 sebulan;
- Mana-mana orang yang pekerjaannya adalah bersifat sementara dan yang digaji melainkan bagi maksud-maksud perdagangan atau perniagaan majikan, bukannya seorang yang digaji bagi maksud-maksud sebarang permainan atau riadah dan diambil kerja atau dibayar melalui sesebuah kelab;
- Mana-mana orang yang menjadi anggota sebarang angkatan bersenjata tempatan yang ditubuhkan di bawah sebarqang undang-undang bertulis;
- Mana-mana orang yang digaji, atau dipilih untuk digaji, dalam suatu jawatan awam oleh Kerajaan atau oleh mana-mana badan atau pihak berkuasa berkanunsebelum tarikh Akta ini mula berkuatkuasa jika, akibat dari kecederaan yang dialami oleh mana-mana orang itu dalam menunaikan kewajipan-kewajipannya, suatu pencen atau baksis, yang tidak akan kena dibayar sekiranya kecederaan itu dialami adalah dengan cara lain dibayar kepadanya atau, dalam hal kematiannya, kepada mana-mana tanggungannya sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta ini, di bawah sebarang undang-undang bertulis yang berkuatkuasa pada masa itu di Negara Brunei Darussalam atau mana-mana bahagiannya yang memperuntukkan pemberian pencen atau baksis itu;
- Seseorang pekerja luar;
- Mana-mana anggota keluarga majikan yang tinggal bersamanya di rumahnya;
- Mana-mana golongan orang yang mungkin diisytiharkan
Siapa yang Patut Membayar Pampasan?
Setiap majikan hendaklah membayar pampasan jika pekerja di bawah jaminannya mengalami kecederaan kerana kemalangan yang berpunca dari dan semasa menjalankan pekerjaan tersebut.
Majikan termasuk:
- Kerajaan;
- Mana-mana badan atau pihak berkuasa berkanun;
- Mana-mana orang atau kumpulan orang sama ada diperbadankan atau tidak;
- Wakil diri di sisi undang-undang seseorang majikan yang telah mati; dan
- Berkenaan dengan seseorang yang digaji bagi maksud sebarang permainan atau riadah dan diambil kerja atau dibayar melalui sesebuah kelab, pengurus, atau ahli-ahli jawatankuasa pengurusan kelab itu
Langkah-langkah yang Perlu Diambil oleh Majikan dan Pekerja
| MAJIKAN | PEKERJA |
| Apabila berlaku kemalangan, pekerja hendaklah dibawa ke hospital dengan serta merta | Memaklumkan insiden kepada pegawai atasan dan/atau majikan dengan segera |
| Melapor kemalangan tersebut kepada Jabatan Buruh melalui NLMS dalam 10 hari daripada tarikh kemalangan tersebut | Menghadiri perjumpaan doktor menurut jadual yang telah ditetapkan untuk penilaian kecederaan |
| Membayar kos perubatan pekerja |
Pampasan akan terlindung jika…
- Apabila kemalangan atau kematian terjadi semasa WAKTU BEKERJA;
- Buruh kasar;
- Mana-mana orang yang digaji melainkan dengan cara perburuhan kasar dengan pendapatan tidak melebihi BND$750.00 sebulan;
- Cuti sakit yang diberikan sekurang-kurangnya 3 hari ke atas
Pampasan tidak akan terlindung jika…
- Kemalangan berlaku dibawah pengaruh minuman keras atau dadah;
- Kemalangan tidak ada kaitan dengan pekerjaannya;
- Cuti sakit yang diberikan kurang dari 3 hari;
- Penyakit semulajadi;
- Mencederakan diri sendiri
SILA PASTIKAN PERKARA BERIKUT SEBELUM MENGHANTAR PERMOHONAN PAMPASAN PEKERJA
- Pastikan syarikat insurans dan SHENA telah dimaklumkan mengenai kemalangan;
- Sediakan dokumen tersebut untuk dimuat naik dalam NLMS:
- Slip Gaji pekerja 6 bulan kebelakangan daripada tarikh kemalangan. Jika pekerja baru, slip gaji pekerja lain dengan jawatan yang sama;
- Sijil Perubatan Pekerja;
- Laporan Insiden;
- Kad Pengenalan Pekerja;
- Paspot Pekerja;
- Lesen Pekerja Asing Pekerja;
- Polisi Insurans Pekerja;
- Laporan Polis (bagi kemalangan jalan raya)
Borang P (Penyata Penyerahan Bayaran Pampasan Bagi Kemalangan Yang Menyebabkan Kematian)
Majikan yang menghadapkan bayaran pampasan bagi kemalangan yang menyebabkan kematian kepada Pesuruhjaya hendaklah mengisi Borang P.
Bagaimana Cara Untuk Memohon Pampasan Pekerja?
Hubungi Kami
Tingkat 1, Bahagian Pampasan,
Jabatan Tenaga Manusia Dan Pekerjaan,
Jalan Dewan Majlis,
Bandar Seri Begawan, BB3910,
Negara Brunei Darussalam.
Nombor Talian: 2383006 (Ext 2203/2204)
E-mel: pampasan@jtmp.gov.bn
info@jtmp.gov.bn
